Tuesday, February 7, 2012

Kata-kata semangat buat diriku

Kadang-kala kita tidak bersemangat untuk membuat sebarang pekerjaan. Semua benda yang kita buat rasa serba tak kena. Seperti ada sesuatu yang hilang. Tapi tak pula kita tahu apa benda yang hilang itu.
Disaat itu, kita sangat-sangat memerlukan teman. Teman untuk kita mendapatkan semula semangat yang hilang. Kata-kata semangat dari seorang teman itu diharapkan, akan dapat membantu menaikkan semula semangat kita yang hilang.
Sudah menjadi lumrah, kadang-kadang, teman yang dicari itu tidak pula ditemui. Secara tiba-tiba  kita itu sibuk sendiri. Kelibat mereka tak pula kelihatan. Puas mata mencari tetapi tak jumpa juga.
Atau mungkin juga, kita tak punya teman baik, teman baik itu belum lagi ditemui. Mereka masih lagi dikalangan orang ramai. Menanti saat, tika dan jodoh untuk bertemu dan dipertemukan. Hati terasa sepi kerana teman baik tak ditemui lagi.
Tetapi percayalah dalam hati. Kita masih punya Dia. Dialah tempat untuk kita mengadu. Dia ada di mana-mana. Dialah Allah, Tuhan sekalian alam.

No comments:

Post a Comment